Nasi Daun Pisang ala Mamak semalam,
maka hari ni terfikir pulak mau buat Banana Leaf Fried Kuay Teow...
Kuay Teow Goreng Daun Pisang
(Banana Leaf Fried Kuay Teow)
1 paket Kuay Teow (saya suka makan yg halus tu, x suka yg besar2... cepat muak)
3-4 btg sosej (hiris serong)
1 biji bawang merah (besar)
4 ulas bawang putih
kobis
sawi
1 biji telur
4-5 batang cili padi merah (hiris halus)
sos cili
kicap hitam
sos tiram
1 Kiub ayam Magie @ Knorr
1 lembar Daun pisang
Cara-cara:
1. Tumis bawang merah & bawang putih hingga garing.
2. Masukkan sosej & tumis hingga masak.
3. Masukkan cili padi potong, sawi & kobis, goreng hingga separuh masak, supaya sayur tetap crunchy.
4. Buat bulatan di tengah2 kuali & pecahkan telur, kacau goreng telur.
5. Masukkan Kuay Teow yg sdh dicuci & ditiriskan.
6. Masukkan semua bahan perasa (kicap hitam, sos tiram, sos cili, kiub ayam).
7. Gaul sebati & boleh angkat bila sdh masak.
8. Letakkan di atas daun pisang yg sdh dipanaskan atas dapur gas.
9. Taaaaddaaaaaaaaaaaaa~!!!!!!!!!!
Selamat Mencuba ~!!!!!
No comments:
Post a Comment